Rumah Besi



INI RUMAH SAYA.


Nampak macam mahal kan?? tapi sejujurnya harga rumah saya ni makin susut nilai saban hari. Dunia dikejutkan dengan kejatuhan harga petrol dunia yang mendadak. Darpada rm118USD 13 bulan lepas kepada 28USD hari ni. 

Orang awam bersorak keseronokan sebab minyak jatuh, harga minyak dunia jatuh. Ada juga yang celupar kata padan muka orang kerja oil and gas, dulu gaji besar, sekarang makan pasir lah!!! 

Aku cuma tersenyum membaca semua tu. Sebab aku tetap yakin Allah memberikan rezeki secukupnya. Kita kene adil dalam menilai. Apa kesan harga minyak dunia jatuh???

1. Seramai lebih 100 ribu pekerja sektor oil and gas terjejas dan lebih 30 ribu buah syarikat terjejas teruk. Bila sebut terjejas ni maksudnya menerima musibah lah. Untuk pekerja kita dah dapat bayangkan, pemotongan gaji melebihi 30% daripada keseluruhan, dan lebih malang lagi ramai yang kene buang kerja terus. Untuk syarikat, tak dapat melabur dan susut untung menyebabkan sesebuah negara itu susut nilai dan meningkatkan inflasi. Nampak macam aku pandai ekonomi kan?? TAK LANGSUNG.. Semua ni boleh difikirkan hanya dengan menggunakan akal waras. Tak perlu belajar tinggi2.

2. Pekerja kene buang kerja mungkin 100 ribu orang... Tapi kene fikirkan tanggungan mereka ada ramai. Anak2, isteri juga nak makan. Rumah kene bayar, kereta kene bayar. Semua pon kene guna duit. Bukan mudah bila terjejas macam ni, korang boleh bergelak ketawa  mengejek kami.

3. Korang tau tak yang kitaorg dekat sini bergadai nyawa???? Naik helikopter risiko terhempas sangat tinggi. Faktor cuaca yang tidak menentu. Environment kerja yang penuh pressure(internal and external). Rumah korang buat dari batu, rumah kami buat dari besi, besi boleh karat, korang paham lah kan hazardnya. Pagi2 naik bot lompat boat landing, kalau ombak besar bila2 masa boleh jatuh dan tersepit celah kipas bot. Pernah korang fikir seme tu????

Aku meluahkan perasaan sebab tahun ni masok tahun ke5 aku dalam sektor offshore. Banyak sangat perkara yang aku dah tempuh, liku2 bahaya banyak yang hampir sebati dengan gaya hidup aku.

Aku doakan supaya harga minyak kembali stabil. Kita bukan nak mahal, cukuplah stabil sekitar 60 hingga 80 USD. Itu dah dapat selamatkan banyak keluarga kat dunia yang terjejas. Paling penting, negara yang bergantung pada minyak dan gas.

chow dulu......daaaaa

No comments:

Post a Comment