Rumah Besi



INI RUMAH SAYA.


Nampak macam mahal kan?? tapi sejujurnya harga rumah saya ni makin susut nilai saban hari. Dunia dikejutkan dengan kejatuhan harga petrol dunia yang mendadak. Darpada rm118USD 13 bulan lepas kepada 28USD hari ni. 

Orang awam bersorak keseronokan sebab minyak jatuh, harga minyak dunia jatuh. Ada juga yang celupar kata padan muka orang kerja oil and gas, dulu gaji besar, sekarang makan pasir lah!!! 

Aku cuma tersenyum membaca semua tu. Sebab aku tetap yakin Allah memberikan rezeki secukupnya. Kita kene adil dalam menilai. Apa kesan harga minyak dunia jatuh???

1. Seramai lebih 100 ribu pekerja sektor oil and gas terjejas dan lebih 30 ribu buah syarikat terjejas teruk. Bila sebut terjejas ni maksudnya menerima musibah lah. Untuk pekerja kita dah dapat bayangkan, pemotongan gaji melebihi 30% daripada keseluruhan, dan lebih malang lagi ramai yang kene buang kerja terus. Untuk syarikat, tak dapat melabur dan susut untung menyebabkan sesebuah negara itu susut nilai dan meningkatkan inflasi. Nampak macam aku pandai ekonomi kan?? TAK LANGSUNG.. Semua ni boleh difikirkan hanya dengan menggunakan akal waras. Tak perlu belajar tinggi2.

2. Pekerja kene buang kerja mungkin 100 ribu orang... Tapi kene fikirkan tanggungan mereka ada ramai. Anak2, isteri juga nak makan. Rumah kene bayar, kereta kene bayar. Semua pon kene guna duit. Bukan mudah bila terjejas macam ni, korang boleh bergelak ketawa  mengejek kami.

3. Korang tau tak yang kitaorg dekat sini bergadai nyawa???? Naik helikopter risiko terhempas sangat tinggi. Faktor cuaca yang tidak menentu. Environment kerja yang penuh pressure(internal and external). Rumah korang buat dari batu, rumah kami buat dari besi, besi boleh karat, korang paham lah kan hazardnya. Pagi2 naik bot lompat boat landing, kalau ombak besar bila2 masa boleh jatuh dan tersepit celah kipas bot. Pernah korang fikir seme tu????

Aku meluahkan perasaan sebab tahun ni masok tahun ke5 aku dalam sektor offshore. Banyak sangat perkara yang aku dah tempuh, liku2 bahaya banyak yang hampir sebati dengan gaya hidup aku.

Aku doakan supaya harga minyak kembali stabil. Kita bukan nak mahal, cukuplah stabil sekitar 60 hingga 80 USD. Itu dah dapat selamatkan banyak keluarga kat dunia yang terjejas. Paling penting, negara yang bergantung pada minyak dan gas.

chow dulu......daaaaa
Assalamualaikum,


Lepas lebih 5 tahun tidak menulis blog, harini hati tergerak untuk menulis. Mesti ada masalah kan??

Yer, aku ada masalah.. 

Alhamdulillah, masa mula aku tulis/bukak blog yang bosan ni dulu, aku apaa pon takde. Kerja takde, masih study lg dan paling penting aku masih single time tu. Tapi time moves fast, kini aku dah punya isteri dan 2 orang cahaya mata yang comel2 semuanya. Alhamdulillah..

Apa masalah aku?? Tak salah rasanya aku luahkan kat sini, sebab aku yakin takde saper akan baca blog ni melainkan orang yang search nama aku yang ternyata memang takde saper akan search. Isteriku, jauh sekali sebab bagus dia mesej terus.. Mungkin orang jauh yang ditinggalkan??? mungkin, tidak mustahil. Apa pon itu cuma spekulasi, biarlah itu menjadi rahsia.

AKU SUKA TANGGUH. Itu masalah utama aku. Yes, my very huge defect. Tak segan rasanya aku ceritakan, dengan sikap ni lah aku tidak berjaya dari apa yang sepatutnya. Bermula daripada sekolah dulu, aku suka tangguh kerja rumah, sampai pernah sekali kene sebat dengan cikgu atas perhimpunan, pernah mintak member salin kerja rumah, then guru besar tangkap dan libas tapak tangan dan macam2 lagi. Aku tidak berapa menyesal tentang tu, sebab aku buat with style.....

Tapi aku agak menyesal akhir2 ni sebab tak dapat nak organize diri ni baik2. Hutang aku banyak aku tak bayar, tp aku punya wang. Hutang dengan kawan aku buat diam, padahal aku terlebih mampu daripada yang sepatutnya. Hutang bank, bank call 3 kali baru aku bayar, mksdnya dah 3 bulan pending lah tu. Jujur aku cakap, aku diberi rezeki yang agak besar oleh Allah. Cuma aku sangat alpa.

Hari ini menyaksikan musibah dalam kerjaya aku. Boss buat gila, kacau seme pekerja. Tu tanda nak buang orang lah tu.

Ok lah sampai sini jer, chow....